Tuesday, 28 June 2011

Petua Menjaga Wajah dan Kulit

Setiap Hari : Pastikan muka dicuci 2 kali setiap hari.
Setiap Minggu : pastikan muka di pupur , dimask atau di urus dengan teliti sekurang-nya sekali seminggu.
Setiap 2 Bulan : Rawatan muka untuk kecantikan dalaman.(paling malas pon beli jew pupur kt watsons ke banyak jenis kan boleh sapu pada seluruh wajah dan badan jugak)

Jenis pupur :

a) Pupur mengeras
Pupur mengeras mengandungi bahan-bahan seperti tanah liat, sulfur, bahan mengupas (peeling) dan astringen. Diantara pupur mengeras ini ialah kaolin, fullers earth, magnesium karbonat, sulfur dan kalamin

b) Pupur tidak mengeras
Pupur ini dibuat daripada bahan biologi seperti buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran atau daripada bahan semulajadi seperti telur dan sebagainya. Pek serbuk oat juga merupakan contoh pupur tidak mengeras.


Tujuan menggunakan pupur :
  1. Untuk merangsangkan kulit muka.
  2. Untuk menghaluskan kulit muka.
  3. Untuk membersihkan kulit serta mengelupaskan kulit yang kering.
  4. Untuk melegakan dan meyuburkan kulit.
bahan2
timun yang dihancurkan
tomato
telur
bedak nasila
sedikit serbuk batu nasila.
..adun dan pupur di muka..
selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment